Baginda Rasullullah S.A.W
bersabda: “Apabila telah sampai ajal
seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang
kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak
kakinya sehingga sampai ke lutut.
Setelah itu datang pula
sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke
perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang
lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka
keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik
roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat
nazak orang itu.”
Sambung Rasullullah S.A.W.
lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibril A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibril A.S.”
Kalau orang yang nazak itu
orang munafik, maka Jibril A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka
orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu
orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu
takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.
Dari sebuah hadis bahwa apabila
Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah
malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari
arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”
“Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T.”
Setelah malaikat maut mendengar
penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa
yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang
bermaksud:
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”
“Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.”
Sebaik saja malaikat maut
mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang
mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin
itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: “Tidak
ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini
telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan
tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”
Oleh kerana malaikat maut gagal
untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula
dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki
berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa
berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga
berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”
Apabila gagal malaikat maut,
mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari
arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun
berkata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa
mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.”
Akhir sekali malaikat maut cuba
mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata
maka berkata mata:”Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini
sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis
kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada
Allah S.W.T.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman
yang bermaksud : “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan
tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah
Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma
Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T
maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.
Abu Bakar R.A. telah ditanya
tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar
R.A:”Roh itu menuju ketujuh tempat :
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah
S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Tanda-Tanda Menjelang Ajal
·
Tanda 100 Hari
Sebelum Meninggal:
Ini adalah tanda pertama dari
Tuhan kepada hambanya dan hanya akan disadari oleh mereka yang dikehendakinya.
Semua orang akan mendapat tanda ini, hanya saja banyak yang tidak menyadarinya.
Tanda ini akan berlaku lazimnya
selepas waktu Ashar, seluruh tubuh yaitu dari ujung rambut hingga ke ujung kaki
akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil, contohnya seperti daging
lembu yang baru
saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar….
saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti, kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar….
Tanda ini rasanya nikmat dan
bagi mereka yang sadar dan berdetik di hati bahwa mungkin ini adalah tanda
mati, maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sadar akan
kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi
kesadaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal
kematian, tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat.
Bagi yang sadar dengan
kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa
yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa
atau ditinggalkan sesudah
mati.
mati.
·
Tanda 40 hari
Sebelum Meninggal:
Tanda ini juga akan berlaku
sesudah waktu Ashar, bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut pada ketika ini
daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas arash
ALLAH SWT, maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat
persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mulai mengikuti kita
sepanjang masa
Akan terjadi malaikat maut ini
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih
ini akan merasakan seakan-akan bingung dan linglung seketika…
Adapun malaikat maut ini
wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan
dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
·
Tanda 7 Hari
Sebelum Meninggal:
Adapun tanda ini akan diberikan
hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesaktian dimana orang sakit yang
tidak makan, secara tiba-tiba ia berselera untuk makan…
·
Tanda 3 Hari
Sebelum Meninggal:
Pada ketika ini akan terasa
denyutan di bahgian tengah dahi kita yaitu diantara dahi kanan dan kiri, jika
tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita
tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita
tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian
sisi…
Telinganya akan layu, bagian
ujungnya akan berangsur-angsur masuk ke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur
akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakan.
·
Tanda 1 Hari
Sebelum Meninggal:
Akan berlaku sesudah Ashar
ketika kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang yaitu di kawasan
ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu
ashar keesokan harinya….
·
Tanda Akhir Hidup:
Akan terjadi keadaan bahwa kita
akan merasakan sejuk di bagian pusat dan rasa itu akan turun kepinggang dan
seterusnya akan naik ke bagian Halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap
kalimat SYAHADAT dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk
menjemput kita kembali kepada-Nya yang telah menghidupkan kita dan sekarang
akan mematikan pula.
0 comments: